Saturday, 17 November 2012

Kitaran Hidup Rama-rama


Kitaran Hidup Rama-rama
Peringkat 1 : Telur
Saiz  telur  rama-rama  kecil,  berbentuk bujur atau silinder.  Rama-rama betina boleh bertelur sebanyak 200 biji  pada daun, batang tumbuhan. Ia mempunyai sangkar yang amat kecil. Telur mengambil masa empat hari untuk menetas. 

     Peringkat 2 : Beluncas/Larva
Beluncas yang baru menetas akan mula makan kulit telurnya. Kemudian, beluncas mula mencari sumber makanan. Badan  beluncas  panjang  dan  kelihatan  seperti cacing. Ia mempunyai corak-corak jalur atau  tompok-tompok yang menarik. Beluncas mempunyai  rerambut  halus.  Peringkat  ini  merupakan  peringkat  mendapatkan  makanan  dan  tumbesaran.  Beluncas mempunyai selera makan yang kuat untuk membesar.
Selepas 2 minggu, beluncas akan membesar sebanyak 2000 kali ganda dari saiz asalnya. Ia akan menanggalkan kulitnya sekurang-kurang empat kali untuk membaluti badannya yang membesar. 
Peringkat 3 : Kepompong/Pupa
Selepas dua minggu, beluncas berubah menjadi kepompong dan di dalamnya mula terbentuk  sayap , kaki dan badan. Peringkat ini merupakan peringkat transformasi dalaman yang mana tisu-tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. 

Peringkat 4: Rama-rama
Akhirnya, seekor rama-rama yang berwarna-warni dan cantik keluar dari kepompong. Selepas beberapa jam, rama-rama bersedia untuk terbang. Mereka bermigrasi sesuatu habitat yang tertentu.

No comments:

Post a Comment