Saturday, 17 November 2012

Kitaran Hidup Katak


Kebanyakkan anak haiwan merupai ibunya. Terdapat sesetengah anak haiwan yang tidak merupai ibunya. Contohnya: katak.
TENTANG:KATAK
katak ialah sejenis haiwan amfibia. Katak hidup di air tetapi mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak gemar memakan serangga. Kebanyakkan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian merangkumi 5000 spesis.
Kitaran Hidup Katak
Peringkat 1 : Telur
Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur  katak  melekat antara satu sama lain dan membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya.
Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa.  Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.
Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel.  Sel yang  membahagi  akan membentuk embrio. Organ dan insang  juga terbentuk.

Peringkat 2 : Berudu
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan  dirinya  pada  rumpai  air  di dalam air.  Kemudian  ia menjadi berudu.  Berudu akan  membesar  sehingga  ia  Berjaya  berenang  di  dalam  air.  Ini mengambil masa 3 hari hingga 3  minggu. Berudu  makan  tumbuhan  air  yang  kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.
Berudu  mempunyai  ekor yang panjang, dan  tinggal  di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh  dimakan  oleh  hidupan  air  yang lain.  Kadangkala  berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.

Peringkat 3 : Berudu yang berkaki
Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan.  Kaki  hadapan  terbentuk  di  bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
Pada  peringkat  ini,  berudu  akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.

Peringkat 4 : Katak Remaja (Froglet)
Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya   mula  melebar  dan  rahangnya  mula  hilang.  Ekor  mengecil  dan  kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.
Peringkat 5 : Katak
Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya  di darat,  berbanding  di  dalam  air.  Katak  yang  kecil ini  mula  memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

No comments:

Post a Comment