Wednesday, 28 November 2012
Saturday, 24 November 2012
Saturday, 17 November 2012
Kitaran Hidup Katak
Kebanyakkan anak haiwan merupai ibunya. Terdapat sesetengah
anak haiwan yang tidak merupai ibunya. Contohnya: katak.
TENTANG:KATAK
katak ialah sejenis haiwan amfibia. Katak hidup di air tetapi mudah
bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak gemar memakan
serangga. Kebanyakkan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Kumpulan
vertebrata yang paling banyak kepelbagaian merangkumi 5000 spesis.
Kitaran Hidup Katak
Peringkat 1 :
Telur
Katak menghasilkan telur di dalam air atau
kawasan berair. Telur –
telur katak melekat antara satu sama lain dan membentuk
sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji.
Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya.
Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur
seperti agar – agar dan agak licin. Katak betina tidak
akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur
itu akan berkembang tetapi hanya sedikit yang akan berjaya menetas
menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan,
serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.
Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel. Sel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang juga terbentuk.

Peringkat 2 :
Berudu
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia Berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.

Berudu mempunyai
ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada
keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan
oleh hidupan air yang
lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair
menjadi kering.
Peringkat 3 :
Berudu yang berkaki
Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.
Peringkat 4 : Katak Remaja (Froglet)
Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil dan kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.

Peringkat 5 : Katak
Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan
lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak
lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding
di
dalam air. Katak yang
kecil ini mula memakan
serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan
mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.
Kitaran Hidup Rama-rama
Kitaran
Hidup Rama-rama
Peringkat 1 : Telur
Saiz telur rama-rama
kecil, berbentuk bujur atau silinder. Rama-rama betina boleh bertelur sebanyak 200
biji pada daun, batang tumbuhan. Ia mempunyai
sangkar yang amat kecil. Telur mengambil masa empat hari untuk menetas.
Peringkat
2 : Beluncas/Larva
Beluncas
yang baru menetas akan mula makan kulit telurnya. Kemudian, beluncas mula mencari sumber makanan. Badan beluncas
panjang dan kelihatan
seperti cacing. Ia mempunyai corak-corak jalur atau tompok-tompok yang menarik. Beluncas
mempunyai rerambut halus. Peringkat ini merupakan peringkat mendapatkan
makanan dan tumbesaran. Beluncas mempunyai selera makan yang kuat
untuk membesar.
Selepas 2 minggu,
beluncas akan membesar sebanyak 2000 kali ganda dari saiz asalnya.
Ia akan menanggalkan
kulitnya sekurang-kurang empat kali untuk membaluti badannya yang membesar.
Peringkat 3 :
Kepompong/Pupa
Selepas dua minggu, beluncas berubah menjadi
kepompong dan di dalamnya mula terbentuk
sayap , kaki dan badan. Peringkat ini merupakan peringkat transformasi dalaman
yang mana tisu-tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga
dewasa.
Peringkat 4: Rama-rama
Akhirnya, seekor rama-rama yang berwarna-warni dan
cantik keluar dari kepompong. Selepas beberapa jam, rama-rama bersedia untuk
terbang. Mereka bermigrasi sesuatu habitat yang tertentu.
Wednesday, 14 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)